Tuesday, February 23, 2010

PENGENALAN KEPADA SISTEM FERTIGASI

DEFINISI
FERTIGASI – Berasal dari percantuman dua perkataan ‘fertilization’ dan ‘irrigation’ iaitu proses pembajaan dan pengairan dijalankan serentak.
FERTIGASI – Merujuk kepada tanaman tanpa menggunakan tanah
TUJUAN
Mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti Phytium,Fusarium,Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang dibawa oleh tanah
SISTEM PENGAIRAN FERTIGASI
SISTEM FERTIGASI – Satu sistem pembekalan air dan larutan ke zon akar secara automatik mengikut keperluan tumbesaran tanaman secara berkesan.
TUJUAN – Untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan baja.Pengagihan secara automatik menggunakan pengatur masa dengan kekerapan dan tempoh pemberiannya dikenalpasti dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.
RAJAH SISTEM PENGAIRAN FERTIGASI

LAKARAN SUSUN ATUR SISTEM PENGAIRAN FERTIGASI



KOMPONEN DALAM SISTEM FERTIGASI

 
 


PENANAMAN CILI SECARA FERTIGASI
KEPERLUAN ASAS
MEDIA TANAMAN
PEMILIHAN VARIETI
SISTEM PENGAIRAN
PENJAGAAN DAN KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
PENGIRAAN KOS PROJEK

 

 

PEMILIHAN VARIETI
  • KULAI HYBRID 568
  • KULAI HYBRID 469
  • SENTIL ( CILI API )
TEKNIK PENYEMAIAN BENIH
MENYEMAI BENIH CILI
1.Menggunakan peat Moss yang diisikan ke dalam plug dulang semaian 104 lubang
2.Pastikan peat moss yang tidak berketul-ketul sahaja digunakan
3.Biji disemai tidak terlalu dalam
4. Sembur Peat Moss dalam dulang semaian dengan air bersih
5.Simpan dulang semaian ini dalam beg plastik hitam.
6.Semburan air kosong dilakukan pada hari kedua
7.Biji benih akan mula pecah pada hari keempat atau kelima
8.Buka plastik dan susun dulang-dulang semaian dikawasan yang tidak panas sangat
9.Anak – anak benih ini dilindungi dari serangan musuh tanamanseperti siput,belalang.( Sebaiknya dikelambukan)
10.Basahkan media percambahan ( peatmoss) dengan air baja fertigasi dengan bacaan EC 1.8 dua hingga 3 kali sehari mengikut keperluan.

TEKNIK PENANAMAN
MENANAM POKOK CILI
1.Anak benih yang mencapai umur 18-20hari boleh ditanam dalam polibeg
2.Polibeg hendaklah disiram sehingga cukup basah
3.Kerja-kerja penanaman hendaklah siap dalam 1 hari
4.Anak benih hendaklah ditanam ditengah – tengah polibeg bantal
5.Pacak mikrotube atau arrow dripper ditepi pokok
6.Selepas selesai menanam – siram anak benih dengan air kosong 3x sehari selama 2 hari
7.Pilih anak benih yang cukup sihat semasa menanam

TEKNIK MEMBUAT BANCUHAN BAJA
STOK A
1.Bancuh baja hingga larut satu persatu(guna baldi plastik 18l)
2.Masukkan kedalam tong A ( 100L)
3.Kacau larutan hingga sebati
4.Tutup tong stok ini
STOK B
Bancuh kesemua baja hingga larut satu persatu (guna baldi plastik 18L)
Kesemua larutan disimpan didalam Tong B ( 100L)
Kacau larutan baja hingga sebati
UNTUK PENITISAN
1.Isi dalam tangki 600 gelen( 2600 L)
2.Sukat bacaan sehingga EC 1.8-2.0.

0 comments: