Tuesday, June 15, 2010

YANG PERTAMA DAN SEUMPAMANYA!

PROGRAM USAHASAMA
PROJEK PERKOMERSILAN TANAMAN SAYUR BERDAUN & ULAMAN SECARA HIDROFONIK


Hari ini admin turun ladang buat photoshoot gambar-gambar terbaru di ladang Green Agro World. Banyak gambar menarik boleh dikongsi dengan bakal peserta :) antaranya gambar-gambar proses penuaian hasil kangkung yang dah harvest serta gambar-gambar penyemaian benih kangkung. Untuk makluman anda projek ini adalah projek terbaru syarikat selain dari program usahasama tanaman cili secara fertigasi. Memang menarik projek terbaru ini kerana Tanaman Sayuran berdaun secara hidrofonik ini sangat mudah dan cepat harvest. Jadi hasil dapat dipungut seawal hari ke 14 tanaman (ini utk tanaman Kangkung) walaupun pada mulanya tarikh menuai dijangka pada hari ke 21 hari penanaman.


Rumah Semaian 1 & 2

Dalam rumah pertama ni majoriti adalah tanaman sayur Kangkung, cuma ada satu baris takungan sayur sawi untuk penyelidikan waktu semaian dan berat hasil. 
Satu baris takungan yang dah harvest dan boleh dituai. Sempat juga admin dgn bos layan tuai kangkung sekejap. Sekali sekala tapi para peserta program jangan risau memang dah ada pekerja kontrak yang akan menjalankan kerja-kerja menuai ni.
Untuk makluman peserta program atau bakal peserta, satu tray ni ada 187 lubang dan dalam satu takungan boleh memuatkan sebanyak 45 tray macam gambar diatas itu.

Ini antara gambar proses penyemaian bijih benih kangkung. Kalau ada yang berminat nak belajar cara tanaman secara hidrofonik boleh daftar kursus anjuran syarikat, murah je RM150 siap makan 3kali + sijil lagi. Kalau ada yang minat dengan bidang pertanian tapi malas nak kursus, malas nak ambil tahu sertai je program usahasama tanaman sayur berdaun ni..bulan-bulan dapat duit hasil jer ;)
 Gambar-gambar proses penuaian hasil tanaman Kangkung. Gambar atas ni sedia untuk dibawa ke pasar borong di Puchong, Selangor.
 Gambar diatas tu tangki air + baja untuk rumah semai 1,2,3 & 4. Gambar bawanya adalah gambar rumah semai ke 3 & 4. Rumah Semai 3 & 4 kini dalam proses penyemaian anak benih sayur Kangkung.
Sekiranya anda ingin melihat koleksi gambar lain anda boleh klik pada slide show galeri gambar Rumah Semaian Sayuran Berdaun & Ulaman yang ada kat bahagian sebelah kanan blog ni.
Bagi bakal peserta yang berminat ingin menyertai program usahasama tanaman sayuran berdaun & ulaman ni boleh mengisi borang pendaftaran disini BORANG. Sekiranya anda inginkan maklumat syarikat serta maklumat lain mengenai program ini ataupun maklumat perjanjian guaman anda boleh mengisi borang dibahagian sebelah kanan, atas sekali dlm column Prospektus Program.

0 comments: