PROJEK USAHASAMA

Konsep Perlaksanaan Projek Usahasama:
Projek Usahama ini adalah program khas anjuran syarikat dalam menyokong visi dan misi syarikat untuk menjadi pembekal utama hasil tanaman cili serta tanaman sayuran berdaun serta ulam di Malaysia. Rangka program yang sangat strategik ini telah pun mendapat sambutan hangat para usahawan-usahawan tani samaada usahawan baru mahupun yang sudah lama dalam industri tani. Sehingga April 2010, syarikat telah pun memiliki hampir 7 ladang meliputi kawasan seluas 11 ekar tanah hasil projek usahasama untuk tanaman cili secara fertigasi manakala untuk tanaman sayuran berdaun serta ulaman, kini rumah ke 4 telah pun dibina. Namun hasil pengualaran masih lagi berada dibawah sasaran syarikat. Projek Usahasama ini akan dijalankan sehingga syarikat mencapai hasil keluaran seperti yang disasarkan. 

Matlamat Program:
  1. Mewujudkan zon pengeluaran utama untuk tanaman cili dan tanaman sayuran berdaun serta ulaman
  2. Membantu meningkatkan pengeluaran makanan negara yang berkualiti dengan menggunakan teknologi yang tinggi seperti teknologi fertigasi dan hidrofonik
  3. Membangun dan meningkatkan penglibatan usahawan-usahawan dalam bidang pengeluaran makanan.
  4. Meningkatkan pendapatan bersih peserta sekurang-sekuranya RM420 sebulan untuk tanaman cili dan RM350 untuk tanaman sayuran berdaun dan ulaman mengikut belian lot tanaman minima.
Untuk dapatkan maklumat lengkap
Sila isi borang Permohonan Maklumat Lanjut Program Usahasama di sebelah kanan blog.

Read more...