Friday, June 18, 2010

Sejenak Meninjau Ladang Usahasama Tanaman Cili Secara Fertigasi (FASA 1,2,3,4 & 5)

Artikel ini di sediakan khas buat peserta-peserta progam atau bakal peserta yang berada jauh dari negeri Selangor. Semua gambar yang ada dibawah diambil dari ladang-ladang usahasama bermula dari fasa 1 hingga fasa 5. Untuk fasa 8 penyertaan kini masih dibuka. Lot hampir penuh tetapi peserta yang membuat bayaran awal akan mendapat tempat dalam fasa 8, dan peserta yang membayar lewat akan dimasukkan ke fasa 9 dimana penjadualan hasil akan dianjakkan lagi dari fasa 8. 

 
ATAS: Gambar Ladang 1(Fasa 1) masa mula-mula setup.
BAWAH: Ladang 1 masa musim pertama penanaman.

BAWAH:Gambar ladang 1 masa musim penanaman kedua, tukar polibag yg lebih cost effective.
BAWAH: Gambar terkini ladang 1, penanaman semula pokok untuk penjadualan pengeluaran hasil mengikut permintaan pemborong.

ATAS: Anak pokok cili ladang 1 yang baru berusia 28hari dan tangki air + baja untuk disalurkan pada stp pokok cili. Untuk makluman anda, keluasan ladang 1 ialah 1ekar boleh memuatkan sebanyak 4000 pokok cili dalam tempoh semusim penanaman.
BAWAH: Gambar Ladang 2 untuk fasa 2, 3 & 4. Keluasan tapak seluas 4 ekar. Boleh memuatkan sebanyak 13000-15000 pokok mengikut fasa.
ATAS: Ladang 2 masa penanaman musim kedua.Gambar 2 yg kecik atas ni ada gambar pejabat di ladang serta tangki air +baja untuk bekalan kepada 16000 pokok.
BAWAH: Gambar ladang 2 semasa pokok sedang berbuah sakan.
BAWAH: Gambar ladang 2 terkini, pokok lama sudah dicabut dan akan diganti dengan pokok baru bagi tujuan hasil yg lebih berkualiti

BAWAH: Gambar Ladang 5. Keluasan tanah ialah 1 ekar, memuatkan 4000 pokok cili. Penanaman semula telah pun di jalankan.

Untuk makluman peserta dan bakal peserta, untuk ladang 6 dan 7 saya akan post artikelnya kemudian. Bagi bakal peserta yang berminat untuk menyertai program usahasama tanaman cili secara fertigasi ini boleh mengisi borang pendaftaran disini BORANG. Atau anda boleh request maklumat detail dibahagian atas blog sebelah kanan.

1 comments:

isha February 6, 2017 at 11:25 AM  

As slam..program usaha sama ini ada lagi?